Headline

Recent Posts

(SUSANTO SANTAWI) NIM : 20082299 SEMESTER VII (EKSEKUTIF) SEKOLAH TINGGI ILMU TARBIYAH (STIT) AL-KHAIRIYAH CILEGON

Sabtu, 09 Juni 2012

SUSANTO SANTAWI

JENIS-JENIS KURIKULUM



NAMA           : SUSANTO
SEMSETER  : 6 EKSEKUTIF
JENIS-JENIS KURIKULUM

Terdapat dua jenis kurikulum utama
Yaitu kurikulum formal dan tersembunyi.
1.Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen
untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa
yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah adakurikulum terancang iaitu satu set
objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang
dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan,
lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru
didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)
2.Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia
mungkin disebut sebagaikurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”.
Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan
dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut
kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis,
konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status
sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.
Jadi apakah peranan anda sebagai guru dalamkurikulum tersembunyi? Anda harus berupaya
untuk mengenalpasti aspek-aspekkurikulum tersembunyi, terutamanya kemungkinan
ketidakfungsiaan potensi atau pengalaman pembelajaran negatif dan di mana-mana
kemungkinanan untuk mengawal dan memperbaiki situasi.
Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jeniskurikulum.
Kurikulum Bertulis/Yang Dihasratkan
o
kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti
Kurikulum Kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/KurikulumPra-Sekolah
KurikulumCadangan
o
kurikulum yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional,
suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar

Subscribe to this Blog via Email :
Previous
Next Post »